Novel Miszpinkers
Hot Novel
Cinta Aufia Damia and Kau Masih Milikku still in progress

Friday 18 April 2014

Cinta Aufia Damia

Bab 6

Aufia bangun untuk solat subuh, sebelum  melangkah menuju ke tandas untuk membersihkan diri. , dia sempat memandang suami nya yang masih lena .

"Nak bangun kan ke tak?" Aufia serba salah akhirnya dia cuba menggerakkan badan suaminya.
"Awak...awak bangun solat"
Diam...tiada tindak balas. Akhirnya Dhia berlalu meninggalkannya dan segera menuju ke tandas.

Seperti biasa,setiap pagi minggu, Aufia akan keluar membeli barang dapur. Selesai membeli barang keperluan ,Aufia terus balik rumah, namun dia terkejut apabila melihat kereta suaminya sudah tiada .


"Aik...dia dah jalan ke?" Fikir Aufia..Lalu dia terus menaiki tangga dan melihat pintu bilik luas terbuka dia segera memasuki bilik itu dan ternyata suaminya memang sudah pergi.

"Ya allah,dia tak tunggu aku pun, sekurang-kurangnya dia say sorry sebab semalam...Ini tak dia pergi macam tu je, dah janji tak nak sentuh aku alih-alih dia buat kat aku juga lepas tu blah macam tu je...Ya allah ,andai ini ujian yang Engkau berikan padaku maka Engkau perkuatkanlah imanku." 

Aufia cuba menenangkan diri, terasa sedih diperlakukan sedemikian.

Bunyi deringan telefon mengejutkan Dhia, dia pun berlari menuruni tangga.


"Hello..assalamualikum " sapa Dhia

"Walaikumsalam, Dhia tak datang ke rumah papa kamu ke hari ni?"
"Ohh aunty Maria, tak pergi lah aunty lagipun abang ada hal hari ni." Jelas Dhia
"Ohh , takpe kalau macam tu, aunty ingat nak ajak Aufia jalan-jalan hari ni , boleh tak?"
"Boleh je aunty, aunty bagitau je jam berapa nanti Aufia ambil aunty."
"No its okay, biar aunty yang ambil.. Aufia siap je, nanti lepas zohor aunty datang ambil Aufia ye."
"Baiklah aunty." Jawab Aufia ringkas

"Wow, tak sangka kl sekarang dah makin cantik kan Dam." Kata aunty Maria pada anaknya Adam

"Of course lah  my, Malaysia sekarang dah makin maju...kan Aufia." Kali ini Adam pula bertanya pada Aufia.
"Ye aunty, Adam, Malaysia memang dah makin maju, dah macam-macam bangunan tinggi- tinggi sekarang,
Aunty dan Adam memang dah lama tak datang Malaysia ke? Aufia pula bertanya
"Ha ah...agak lama rasanya aunty tak balik sini , dah nak dekat 6 tahun. Terang aunty Maria
"Ooo lama juga erk, takpe nanti sementara aunty kat sini, aunty boleh la lawat tempat-tempat menarik kat Malaysia ni."
"Hah , memang terfikir juga , nanti Aufia jadi tour guide kita orang ye." ajak aunty Maria pada Aufia
"Boleh je aunty.."

"My, nak masuk kedai mana lagi, Adam dah penat ,why dont we go lunch first then mummy boleh continue survey mummy ." Ajak Adam yang sudah pun kelaparan dek mengikut ibunya berbelanja.

"Yeah ..great idea, ok Kita lunch dulu then baru continue ye Aufia."
Aufia hanya mengangguk perlahan .

Mereka bertiga menuju ke sebuah restoran ,dan tiba-tiba Aufia terpandang seseorang yang cukup dikenali .Aufia menggosok mata perlahan dan cuba melihat sekali lagi dan ternyata dia tidak salah lihat, orang itu adalah suaminya sendiri dan bukan seorang tapi bersama seorang perempuan yang cukup tinggi dan seksi ,sekali pandang ianya adalah orang yang sama yang dia pernah lihat waktu berjalan bersama temannya zaila.Aufia mula gelisah, dia takut aunty Maria pula yang ternampak pasangan itu.Dia cuba untuk mecari alasan agar tidak memasuki  restoran itu.Tiba -tiba.....


"Mummy,i think its better if we're going to Malay's restaurant, dah lama kan tak rasa masakan melayu."


Adam berubah fikiran , Aufia menoleh ke arah Adam dan ternyata bukan dia seorang sahaja yang perasan akan pasangan di dalam restoran itu tetapi Adam juga ternampak.

"Ye lah anty, lagipun restoran kat depan tu , mostly western food, aunty kan memang dari western."
Aufia juga cuba untuk menyokong cadangan Adam agar aunty Maria setuju.
"Ye, i think too, but where's the malay's restaurant, aunty macam tak nampak pula." soal aunty Maria pula.
"Aunty jangan risau, restoran melayu ada 3 kat dalam bangunan ni, satu kat bawah and 2 lagi tingkat atas."

Jelas Aufia pada aunty Maria..Lalu Aufia segera berjalan untuk membawa mereka ke restoran tersebut.

Akhirnya mereka tiba juga di restoran yang bermenukan masakan melayu sepenuhnya.


"Adam pergilah ambil makanan dulu, lepas tu baru mummy pergi." Pinta aunty Maria pada anaknya.
"No...mummy yang  pergi dulu, biar Adam dan Aufia yang tunggu kat sini."Jawab Adam
Akhirnya aunty Maria mengalah .

"Adam nak tanya sikit boleh?" Soal Adam pada Aufia apabila ibunya sudah pun menuju ke ruang buffet'

"Adam nak tanya pasal tadi kat restoran bawah tu ke?" Teka Aufia  dan Adam sedikit terkejut.
"Aufia tak marah ke coz i think ur acting cool?" Tanya Adam lagi
"saya bukan nak berlagak cool, tapi itu hak dia, saya tak larang."
Sekali lagi Adam terkejut dengan jawapan Aufia yang bersahaja.
"U guys have a problem?" Soal adam lagi yang terasa pelik akan hubungan Aufiadan sepupunya Qalish itu
"Tak pelah Adam, i think its better if we dont talk about it.."

Adam serba salah, nak bertanya lagi takut Aufia terasa hati namun dia masih terasa seperti ada sesuatu yang pelik dalam perkahwinan di antara Aufia dan Qalish.


"Sementara aku kat sini, aku akan siasat Aufia, aku takkan biarkan cousin aku tu buat kau macam ni, kalau dia memang dah tak sayang kau, biar aku yang jaga kau."  Adam berkata dalam hati .


Monday 14 April 2014

Kau masih Milikku


 Bab 1

"Dhia...takkan u tak faham lagi.?" Tegur bos pada Dhia iaitu pekerja dan juga merupakan sahabat sejak dari zaman sekolah lagi.
"Encik Adam, awak kata buat fail untuk SR project tu je, awak mana ada suruh buat yang ni.?"
Dhia cuba mempertahankan diri 

"Hah ..menjawab" Tegur Adam lagi
"Dah awak tanya saya, saya jawab lah nanti saya diam kang awak cakap saya merajuk pula." Dhia menjawab lagi.
"Ok lah... u tolong buat kan sekali lagi including this file , coz ni pun dah kira masuk dalam project SR ." Kali ini Adam sudah mula berlembut takut sahabatnya itu merajuk pula.

"Ok, so awak nak hari ni juga ke?" Soal Dhia lagi
"Yes sayang make sure its done before 4pm ok?" Jelas Adam.
"Sayang konon..sape sayang awak...Ok  lah bos, saya keluar dulu ye" Kata Dhia dengan nada merajuk
"Lah u lah sayang i, ni macam merajuk je, jangan lah merajuk nanti i peluk kang baru tau." 
"Ish gatal..dah lah saya keluar dulu."
"Dhia...nanti lunch...."

Belum sempat Adam menyatakan sesuatu, Dhia sudah pun melangkah keluar dari biliknya.
"Dhia...Dhia.. u ni kan kalau merajuk so cute..u'll never change.''
Omel Adam sendiri.

Jam sudah pun menunjukkan pukul 1 ,Adam terus keluar dari bilik dan menuju ke arah meja di mana Dhia berada.

"Sayang..jom lunch." Ajak Adam pada Dhia
"Awak ni kan tak faham bahasa boleh tak jangan panggil sayang ,nanti orang dengar jadi bahan gosip lagi tau." Marah Dhia pada Adam yang selalu bergurau tak bertempat.
"Lah biarlah dorang dengar, so dorang tau yang i memang sayang u." Gurau Adam lagi

"Awak ni kan kalau tak sakitkan hati saya sehari memang tak sah kan hidup awak, dah pergilah saya nak buat kerja and im not going lunch ."
"Aik marah ke, ok la sorry, tapi jom lah g lunch,u tak makan lagi kan." Adam terus mendesak
"Adam, saya tak lapar, lagi pula ni kerja ni kena settle  sebelum jam 4,so saya kena siapkan cepat." Dhia tetap berkeras.
"Dhia, nanti u sambung lepas lunch lah, now u ikut i pergi lunch kalau tak i panggil u sayang dengan kuat-kuat biar semua orang dengar." Gertak Adam

"Ishh awak ni kan Adam, ok lah dah jom cepat, tapi saya tak nak makan ok, saya masi kenyang tadi kat pantry saya makan bun.So saya temankan awak je sambil tu bole buat kerja."
"Whatever, just come with me.:.

Akhirnya Dhia tetap mengalah ,Adam hanya tersenyum ,terasa senang dihati tatkala melihat Dhia yang selalu mengalah padanya.

Sunday 13 April 2014

Cinta Aufia Damia

Bab 5

Sepeti biasa, mereka hanya mendiamkan diri,perjalanan ke banglo kediaman mereka mengambil masa setengah jam.Sunyi sepi malam itu membuatkan Aufia terasa mengantuk dan tanpa sedar dia sudah pun terlelap, sesekali mata Qalish melirik ke arahnya.
"Tidur la pula, macam mana nak kejutkan nanti bila sampai..huhh" keluh Qalish

Kereta Audi hitam itu sudah pun berada di depan rumah, enjin kereta di matikan, pintu kereta dibuka dan ditutup dengan sedikit kuat.Sengaja di tutup kuat untuk mengejutkan Aufia yang masih lena, mujur cara nya itu berjaya juga mengejutkan Aufia dari tertidur.


"Apesal la pula aku bole tertidur, nasib mamat tu bising sikit kalau tak,beku sejuk aku dalam kereta ni agaknya." Omel Aufia sendiri.

Kaki terus di hayunkan menaiki tangga , belum sampai ke bilik, Qalish terlebih dahulu memasuki bilik itu menyebabkan Aufia yang masih termamai menaiki tangga terkejut melihat Qalish.
Hanya beberapa saat ,dia sudah pun keluar semula.

"Since my aunt here, im gonna stay here for a while until they're return" Beritahu Qalish pada Aufia.

Aufia hanya mengangguk perlahan lalu menuju ke bilik tetamu dan tindakan nya itu cepat disedari oleh Qalish.
"No,u dont need to sleep there, coz im stay down here,so u just go sleep in that room."

Pinta Qalish sambil menunding jari ke arah master room mereka itu, dan Aufia hanya mengikut kata kata suaminya itu tanpa sebarang suara.

Jam sudah menunjukkan pukul 2 pagi, Qalish mula rasa mengantuk, dia cuba untuk merehatkan diri di sofa yang ada pada ruang tamu itu, tapi ternyata dia begitu tidak selesa. Pusing kanan pusing kiri untuk mencari posisi namun hampa. Tanpa berlengah, dia segera menaiki tangga lalu memulas tombol itu dan melangkah masuk agar tidak disedari oleh Aufia.


"Ouhhh god, she's wearing lingerie? Bicara Qalish dalam hati dngan mata yang membuntang.Dia begitu terkejut melihat keadaan isterinya yang tidur hanya berbalutkan baju tidur kain satin yang memang cukup nipis.Dia perlahan kan langkah kaki dan cuba merapati katil itu, Hatinya mula berkata kata lagi.

"Dia begitu ayu and tutup habis pada waktu siang and now at night..... she's so damn sexy,What a great girl". Qalish semakin serba tidak kena.Ditilik satu persatu wajah Aufia,dia memang tidak dapat menafikan lagi betapa cantiknya wanita itu.


"Noo..nooo Julia much sexy and beautiful than her, but still she's so different..Napa aku tak nampak sebelum ni, betapa bertuahnya aku dapat isteri yang cantik.But i dont love her, i love Julia..yes Julia.'' 

Qalish terus berbicara sendiri dan tiba tiba mata bulat itu terbuka, mata mereka kini saling bertentangan tanpa berkelip.Degupan jantung semakin laju , hembusan nafas juga seperti baru lepas pecut lari.Aufia cuba memalingkan wajahnya namun sempat dihalang oleh Qalish.

Bibir yang nipis itu cepat sahaja dikucup ,Aufia benar benar terkejut namun dia sudah seperti patung bernyawa yang langsung sahaja tidak bergerak.

Kejantanan Qalish akhirnya tewas, diri nya sudah cukup lemah untuk mengawal nafsunya.Aufia pasrah dan hanya merelakan dirinya di nodai.

"Sesungguhnya aku adalah halal untuknya."



Cinta Aufia Damia

Bab 4

"A..aw..awak buat apa...eh tak..awak nak apa... eh tak aw?" Apa yang aku melalut ni, tanpa menghabiskan perkataan aku terus bergegas masuk ke tandas semula dan Qalish masih leka berdiri tergamam melihat keanggunan wanita itu. Bunyi pintu tandas menyedarkan Qalish .

"Lah dah masuk tandas ke?" Qalish hanya menyedari ketiadaan isterinya itu apabila terdengar bunyi pintu dari tandas.
"Yeah,..she's my wife, isteri aku, Nur Aufia Damia .Really my wife, absolutely my wife ."

Qalish terus berbicara sendiri seakan tidak percaya perempuan yang kini berada dalam bilik itu adalah isterinya sendiri.


"Aku tak sangka dia begitu cantik, sooooo beautiful, her hair, her eyes, her lips.. Ohh goshhh ,so hot.she's so different."
Qalish terus berkata kata dengan lirik senyuman.

"Apa dia buat kat sini?..

ishh dah sah-sah rumah dia mestilah dia datang lagi pula dia pernah cakap dia akan datang bila perlu ,means dia ada perlu kot.Tapi kenapa lah tak bagitau,tapi nombor aku pun dia takda..ishhh ...Tapi sepatutnya dia ketuk la dulu kat bawah ke..ni tak ,main redah je..tapi kan dah nama pun rumah dia..ishhh aku ni dah sewel ke.Ya allah malu sangat nak tengok muka dia, dah la pandang orang semacam..aduhhhhhh"

Aufia terus mengomel sendiri, dan bila dia sedar Qalish sudah tiada dalam bilik itu dia cepat-cepat mengambil pakaian lalu membawa ke tandas semula untuk dipakainya..

"Sorry lambat, awak masuklah saya dah siap." 

Beritahu Aufia apabila menyedari Qalish berada di luar pintu bilik.Tanpa memandang mahupun menoleh, Aufia terus menghayunkan kaki menuruni tangga dan menuju ke dapur..

"Saya datang nak jumpa awak." Aufia yang sedang minum air tersedak mendengar suara itu.
"awak nak jumpa saya?" soal Aufia
"Ye, esok kita balik rumah mamy,tadi dady call suruh kita datang ada aunty i dari Australia datang ."
"Owh.. ok...pukul berapa kita nak gerak?"
"Pagi tapi tak pasti kul berapa ,tapi nanti  esok i info lagi pula malam ni i stay sini." Jelas Qalish
"Ok la, saya naik atas dulu ." 
Dia stay sini?soalan itu terus bergeliga dalam kepala Aufia

Dia cakap dia stay sini, means dia tidur sini so aku tak boleh tidur sini malam ni.


pintu di ketuk perlahan namun sunyi sepi, akhirnya dia membuka pintu itu dengan perlahan.

"Aik mana perempuan ni pergi, lompu tandas mati, katil takde ,kat bawah takde..takkan bilik tetamu ?"
Qalish bersoal jawab sendiri.Dia keluar semula lalu menuju ke pintu bilik tetamu yang hanya bersebelahan dengan bilik itu.
"Kunci?..hmm sah lah dia kat dalam

"Awak dah siap?" soal Qalish pada Aufia apabila melihat Aufia sudah menunggu di bawah..

"Dah." Jawab Aufia ringkas

Sepanjang perjalanan itu mereka hanya mendiamkan diri,hanya kedengaran alunan muzik yang memecahkan kesunyian antara mereka.Namun sesekali mata Qalish melirik ke arah Aufia yang terus memandang ke luar cermin..

Setibanya di rumah Tengku Razlan dan Datin Kamalia , suasana rumah itu sungguh riuh .saudara dari jauh itu sungguh peramah sehingga menyenangkan Aufia untuk berbual. Sedang rancak berbual dengan aunty Maria,Aufia terasa seolah sedang diperhatikan oleh Adam yang merupakan anak kepada aunty Maria dan sepupu kepada suaminya.


"Woww great bro!!"

"Apa pula yang great ni Dam?" soal Qalish apabila tiba-tiba Adam berkata sedemekian padanya.
"Your wife...she's so pretty, gorgeous and so malay girl..Where did u meet her bro?"

Pujian yang diberikan oleh Adam langsung tidak memberi impak kepadanya , dan soalan itu hanya dibiarkan .


"How long u gonna stay here? Qalish cuba mengubah topik dan Adam terus menjawab.
"Dont know, mom said she want to go to Perak, so i guess..we're gonna stay around 1 month."
"Ok la tu , just call me if u wanna hang out" pelawa Qalish pada sepupunya itu.
"No hal bro, i'll call u soon and dont forget to bring ur wife too."

Hanya senyuman tawar yang mampu diberikan pada Adam untuk permintaan itu.