Novel Miszpinkers
Hot Novel
Cinta Aufia Damia and Kau Masih Milikku still in progress

Wednesday 27 August 2014

FROM LONDON WITH HATE

From London With Hate

Bab 1

Kringgggg,....
Bunyi jam loceng membingit telinga aku, laju sahaja tangan ku mencapai lalu menekan butang off lalu sambung tidur.

"Lela, kenapa lagi tak bangun tu, dah pukul berapa dah ni." Teriak mama menggantikan jam loceng ku.

"Ye mama, awal lagi ni lagipun Lela tak buat ape pun hari ni .Bagi la Lela tidur kejap." pujuk ku pada mama
"Awal apa nye , tu kalo Lela berdiri kat luar tumatahari tu dah tegak atas kepala Lela tau. Bangun lah cepat temankan mama pergi butik ."
"Ye lah , mama turun dulu, Lela nak mandi lagi ni."
"Hah cepat .. tak payah lah nak mekap sangat ."

Akhirnya niat untuk tidur seharian tak kesampaian , ye lah dah niat tak betul memang lah tak jadi .. ye tak.

Ni bersiap kena cepat kalau tak memamng mama tak berhenti membebel.

"Selamat pagi puan'' ucap kak Rose yang merupakan pekerja legend mama .Dari remaja ke anak dara hingga lah bergelar ibu masih setia bekerja dengan mama.


"Morning kak.."

"Morning Lela.awalnye Lela keluar hari ni.?"
"Niat memang nak datang lewat, tapi mama suruh ." terangku sambil  buat muka masam.
"Oh patut lerr..Bila Lela pergi London?"
"Next week kak, excited tapi dalam masa yang sama nervous sangat."
"Lahh macam tu?" tanya kak Rose dengan dahinya sedikit berkerut.
"Iye lah, excited coz dah lama tak pergi London , tak jumpa papa and nervous sebab tak tau macam mana kat U nanti."
"Ha ah kan.. tapi kak percaya tak sampai sesaat Lela mesti dapat kawan , dengan Lela yang peramah and seuka gelak ni confirm mesti bukan setakat kawan tapi peminat pun terus ramai."
Aku tergelak besar mendengar kata kata kak Rose, terlupa yang aku berada di dalam butik mama.

"Lela......" panggil mama

"Hah kan dah kena panggil, tu la gelak sangat.." kak Rose hanya tersenyum tatkala mama sudah puin memanggil nama ku.

"Hah Datin, ni lah anak saya yang nak study kat London tu." Mama perkenalkan aku pada rakan nya yang digelar Datin itu.mama selalu cerita namun im not interested.

"Lela kenalkan rakan dan pelanggan setia kat butik ni, Datin Faridah." mama memberi signal mata agar aku menyalam wanita itu.

"Hai Datin.." ucap ku dengan senyuman
"Cantik nye Lela ni.,kulit putih , halus lagi, memang bertuah lah engkau Siti...Ni Lela tak payah lah iku mama panggil Datin panggil aunty je.Mama Lela tu je yang beria juga nak panggil Datin."
"Baik lah aunty."
"Lela study mana nanti dekat London coz anak aunty pun study dekat sana sekarang dah nak 2 tahun."
Aku terkejut dan terus berminat untuk tahu siapa anak aunty manalah tau kot kot boleh jadi kawan sampai sana nanti.

"Ye ker aunty, Lela dekat UCL (University College London) "

"Lah ye ker, anak aunty pun tempat yang sama., nama dia Adiff Daniel Kelzed.."

Hampa...ingatkan anak aunty ni anak dara sama macam aku rupanya anak bujang .Hilang minat terus nak tahu tapi pelik sikit kenapa nama dia lain sikit.Nak juga tanya tapi nanti panjang pula cerita. So biarkan je la lagipun bukannya kenal..


Melihat mama yang semakin rancak berbual dengan aunty Faridah aku mengambil kesempatan untuk keluar dari butik mama dan pergi berjumpa dengan kawan-kawan yang bakal aku tinggalkan nanti. Sempat juga aku bagi signal dekat kak Rose, nanti pandai pandai lah kak Rose cakap dekat mama..


No comments:

Post a Comment