Novel Miszpinkers
Hot Novel
Cinta Aufia Damia and Kau Masih Milikku still in progress

Saturday 12 April 2014

Cinta Aufia Damia

Bab 2

"Ini rumah saya tapi awak je yang stay kat sini, saya stay kat kondo je, segala perbelanjaan awak, makan minum awak, saya tetap tanggung .Bulan bulan saya akan masukkan duit dalam akaun awak ,nanti awak bagi nombor akaaun awak.Apa awak nak buat ,awak buat lah saya tak akan ambil peduli dan awak pun tak perlu peduli hal saya.My life is my life and ur life is ur life, saya hanya akan balik sini bila perlu so yang lain tu awak tak perlu tahu." 

Penjelasan itu membuat kan aku tergaman, adakah ini perkahwinan yang dia terima dan masing masing dengan hidup masing masing ,maknanya aku tetap anak dara.Alhamdulillah mungkin memang ini yang terbaik untuk kami.

"Boleh tak saya kerja?"  soalku untuk meminta izin ."Its up to u, like i said i dont care.So awak tak perlu nak minta izin bagai ,sebab saya tak kisah,saya harap awak faham.OK lah saya pun dah penat nak balik, u give me ur account number now.""Baiklah awak, kejap saya amek kertas."
"No need , just tell me then i save on my phone."

'Besarnya rumah dia ,aku nak kena duduk sorang kat sini,seram lah pula.Hmmm tak pelah janji aku ada tempat tinggal , daripada aku dok membebel sini bek aku kemas apa yang patut'.
Omel Aufia  sendiri setelah Qalish sudah beredar 

Hampir sebulan lebih aku tak jumpa umi dan abah terasa rindu yang teramat ,nak balik kampung takut nanti diorang tanya suami aku.Ya allah bila lah agaknya aku boleh jumpa umi ngan abah.Suami aku pun tak pernah datang semenjak dari kami jejak ke rumah ni.Aku pun dah mula bekerja di salah sebuah syarikat komunikasi, sekurang-kurangnya aku tak lah rasa bosan.tapi aku rasa serba salah bila rakat sepejabat semua ingat aku belum kahwin lagi.Tapi kalau ya pun aku nak mengaku, laki aku sekarang kat mana?.. hmmm dah nasib badan..sabar je lah janji dia tak menyusahkan hidup aku.Tapi agak agak nya apa lah mamat tu buat ye..Bebel ku sendirian, memandangkan aku takde teman serumah aku terpaksa lah membebel sendiri.

Bunyi telefon bimbit mengejutkan aku ,lalu ku lihat nama pemanggil..Zila.

"Hello, assalamualaikum..""Walaikumsalam , apehal kau call aku tengah malam ni?" soalku pada teman baik ku itu,yang aku kenal dari tempat kerja."Mia, esok kita g tengok wayang nak tak?" ajak Zila.. Mia nama gelaran aku dekat ofis."hmm boleh gak, lagipun aku bosan tiap hari minggu mesti mengadap cite korea je terus,elok jugalah kau ajak .""Ok set ,so esok kita jumpa kat mid valley je ok..kul 10,lunch kat luar je lah, aku belanja.""Ekk, bila masa cik zila kita ni jadi murah hati? ""Alah makan je kut, tiket wayang kau la pula belanja..hehehe" "Ye lah kedekut"

Seperti yang dijanjikan , aku dengan Zila berjumpa dekat mid valley. .Ada 3 jam lagi sebelum tayangan bermula, jadi aku dan zila sepakat untuk round area mid valley itu..sambil-sambil cuci mata lah katakan.

"Mia ,kita masuk butik tu jap, aku nak tengok baju kat sana, dengar-dengar baju diorang lawa lawa.""Ye lah jom"

Baru hendak melangkah kaki ke dalam butik itu, mata ini seolah terpandang seseorang yang seakan aku pernah kenali tapi siapa? Ya allah tu kan suami aku, suami aku bersama dengan perempuan lain.Perempuan tu cantik, tinggi ,sekali pandang seolah olah seorang model.Patutlah dia terus blah lepas nikah rupanya dia memang dah ada buah hati.Aku tergamam bila mata dia melirik ke arah aku, ya allah jangan lah dia kenal aku.

"Mia , sini lah cepat, aku nak kau tengok ni cantiktak?"Mujur Zila memanggil aku, aku pun dengan cepat mengorak langkah menuju ke arah Zila, aku tak berani untuk menoleh ke arahnya lagi.Adakah dia kenal aku, muka selamba macam tak kenal aku je.tapi kenapa jantung ni laju je mengepam..rasa sakit dada ,sesak nafas.Aku sakit ke?


No comments:

Post a Comment