Novel Miszpinkers
Hot Novel
Cinta Aufia Damia and Kau Masih Milikku still in progress

Monday 25 August 2014

Kau masih Milikku


Bab 4

Hari ini genap 3 hari Adam berada di Bali dan hingga hari ini juga lah dia belum menghubungi aku.'Keluh Dhia sendiri.

Seperti biasa ,bangun sahaja pagi Dhia akan terus periksa kucing kesayangan Adam itu ,si putih yang sebelum ini bunting sudah pun beranak 3 ekor .Berita itu ingin sahaja disampaikan pada Adam namun Adam masih belum menghubunginya dan dia juga segan untuk menghubungi Adam dahulu kerana Adam bukan lagi kawan nya yang boleh dia buli tapi Adam kini adalah kekasih hatinya dan bakal jadi suaminya.

"Popo, nape tak menyusu? tengok tu kiki dan puka dok menyusu je.."
Dhia sudah pun memberi gelaran pada setiap ekor anak kucing itu,hanya kucing la jadi penemannya di dalam kondo yang besar milik Adam itu.
Saat Dhia asyik bermain dengan kucing ,samsung s4 nya yang tidak pernah lekang dari tangannya itu berbunyi, dilihat nama yang terpapar pada skrim ''Adam <3''.Laju sahaja jari nya menekan punat answer .

"Assalamualikum sayang."
"Walaikumsalam .." Jawab Dhia dengan nada lembut .
"Sayang buat ape tu?"
"Buat bodoh je?"
"Ishh..ish ish..nape buat bodoh  sayang? ke marah sebab i  baru call sayang?"
"Takde lah buat ape nak marah , "jawab Dhia dengan nada merajuk.

"Alolo comeynye dia merajuk..Sorry lah sayang sebab busy sangat, lagipun 2 hari phone off sebab takde cas, i lupa bawa cas then nak membeli nya lagi la takde masa.Tadi baru free sikit so dapat la beli bateri ngan cas sekali and lepas ni sampai malam nak call pun takpe."
"Takdelah awak, saya tak marah, ni nak dengar berita tak?"
"About what.?"
"Putih awak dah beranak and now dia ada 3 ekor anak, popo, puka and kiki." jelas Dhia
Adam tergelak mendengar bila Dhia menyebut setiap nama anak kucing itu.

"Awak bila nak balik?" tanya Dhia
"Lusa sayang.. tak sabar nak jumpa sayang , peluk ketat ketat tak nak bagi lepas dah."
"Haha , iye la tu, nanti kang kena tangkap basah baru awak tahu."
"Tu yang bagus terus kahwin tak payah tunggu tunggu lagi."

"Adam Zafrul memang otak dah tak betul kan, .ni awak balik siang ke malam kalo malam rasanya saya tak perlu kot tunggu awak kat kondo awak ni, biar saya tunggu awak dekat rumah saya je.boleh kan?"
"yes sayang i balik malam, tapi sayang masakkan lah dulu untuk makan malam baru i balik, lagipun flight i dekat pukul 11."
"Owh ye ke, ok lah lau macam tu."

Saat itu hati Dhia berbunga bunga, dia begitu gembira bila Adam beritahu akan balik dalam 2 hari lagi.

Keesokan harinya, awal pagi lagi Dhia sudah pun berada di pejabat, dia akan meminta cuti untuk esok hari memandangkan encik hati dah nak balik.

"Fi, esok aku tak masuk kerja ye." beritahu Dhia pada rakan spejabatnya yang memang agak rapat dengannya.
"Nape ko sakit ker?" Soal Fiona.
"Tak la, aku ada urusan. so esok aku tak dapat teman ko lunch.hehe" beritahu Dhia kerana Fiona lah yang selalu temannya pergi lunch selain dari Adam.

"Yelah cik Zara.Nanti petang ko nak ikut tak kita orang pergi tengok wayang.? ajak Fiona.
"Alah ye ker, tapi aku ada urusan so nect time je lah aku ikut korang ye." pujuk Dhia takut akan kawannya itu berkecil hati.

Rakan sepejabat Dhia memanggil Dhia dengan nama Zara ,memandangkan nama penuh Dhia adalah Dhia Zara mereka lebih selesa memanggil Zara, dan Dhia hanya Adam sahaja yang memanggil nya dengan nama itu selain dari umi dan abahnya.

Balik sahaja dari pejabat petang itu, Dhia tidak terus balik kondo sebaliknya pergi market untuk membeli sedkit barang keperluan dapur di kondo Adam, Macam macam yang telah di beli , selesai shaja semua Dhia terus balik kondo.

Malam itu dia sudah mengemaskan semua pakaiannya kerana esoknya Adam akan balik.
Dhia sudah terasa sangat letih, tertunggu tunggu panggilan dari Adam namun hampa.

Akhirnya dia mandi untuk membersihkan diri dek badan yang sudah melekit.

Jam sudah menunjukkan pukul 11 ,Adam masih juga belum menghubunginya.Dhia tidak menyedari dirinya sudah pun terlelap di saat menunggu Adam menghubunginya.

Sedang lena dibuai mimpi,Dhia merasakan dirinya bagai dipeluk , hatinya gelisah namun pelukan itu begitu lembut lalu dia cuba memberanikan diri untuk membuka mata.

Dalam suasana yang gelap dia melihat sesusuk tubuh di sebelahnya .
Matanya membuntang tidak menyangka akan kehadiran orang itu.

No comments:

Post a Comment