Novel Miszpinkers
Hot Novel
Cinta Aufia Damia and Kau Masih Milikku still in progress

Monday 25 August 2014

Kau masih Milikku


BAB 6

Setelah berada tiga jam lebih dalam perjalanan ,akhirnya mereka telah pun sampai ke kampung Dhia.

"Assalamualikum umi, abah." ucap Dhia memberi salam pada kedua orang tuanya.
"Walaiaumsalam .Ya allah nape Dhia tak beritahu yang Dhia nak balik ,boleh umi masakkan.
"Ha ah, ni datang mengejut ingatkan anak dara mana nak datang meminang abah." sampuk abah Dhia yang suka bergurau apada anak manja nya itu.
"Isk ape lah abang ni, takde anak dara mana nak pinang abnag paling paling mak dara tua.." umi Dhia pula menjawab membuatkan mereka tergelak.
"Ni sapa hantar Dhia.?" tanya abah Dhia
"Adam, ada kat bawah tu kejap lagi naik la tu." jawab Dhia

"Assalamualikum." Adam memberi salam tatkala sudah pun berada di pintu..
"Walaikumsalam'  jawab mereka serentak.
"Lama tak jumpa kamu Adam, dah makin hensem pacik tengok." puji abah Dhia ,Adam tersenyum sipu

Sedang Adam dan abah Dhia berbual , Dhia menolong ibunya di dapur untuk menyediakan makan malam.Mereka terpaksa masak sedikit awal memandangkan Adam terpaksa ke bandar untuk menginap di hotel.

"Abah ,makanan dah siap, kita makan dulu.Awak jom makan nanti lewat pula awak ke bandar." ajak Dhia
Lalu mereka serentak berinngan menuju ke ruang dapur

"Hurmmm wanginye, dah lama Adam tak merasa masakan kampung ni.asyik makanan bandar je,." Luah Adam.
"Ye ke Dam, elok la tu, macik ada masak gulai ikan pari, ikan asam pedas, lemak pucuk ubi , Adam rasa lah tapi kalau tak masuk tekak Adam, minta Dhia masakkan telur." 
"Macik jangan risau confirm masuk tekak punya." jawab Adam selamba .

Sememangnya tidak dapat disangkal makanan kampung adalah yang terbaik, malam itu memang Adam cukup berselera makan dan Dhia berasa senang hati tidak menyangka Adam suka pada ikan asam pedas.
Selesai menjamah makanan, umi dan abah Dhia sudah pun menuju ke ruang tamu dan tinggallah Adam da Dhia di ruang dapur itu.

"Sayang, i dah nak gtau umi abah sayang so sayang jangan keluar dulu ye.Sayang buat lah kopi ke apa ke ,bila i dah settle cakap baru sayang keluar.
"Ye lah awak.". jawab Dhia dengan ringkas sahaja.

"Pacik, macik sebenarnya Adam datang ni ada tujuan." Adam cuba membuka kata apabila dilihatnya kedua orang tua itu sudah duduk di sofa.
"Tujuan apa tu Adam? Adam nak beli tanah kat kampung ni ke atau Adam ada projek kat sini.? Tanya abah Dhia dengan dahi agak sedikit berkerut.
"Takde lah pacik, sebenarnya Adam datang ni nak minta restu pacik dan macik untuk bernikah dengan Dhia.
Beritahu Adam dengan tenang.Abah Dhia agak sedikit terkejut manakala umi Dhia pula hanya mendengar dengan tenang seolah olah dia sudah tahu akan tujuan Adam ke rumah mereka.
"Memang umi tak silap lah ni, umi memang rasa Adam dengan Dhia tu macam ada sesuatu tapi umi malas nak tanya biar korang yang beeritahu sendiri." 
"Orang tua kamu dah tahu ?" tanya abah Dhia kembali
"Adam tak sempat lagi nak beritahu papa dan mama sebab kita orang baru je buat keputusan selepas Adam balik dari Bali." jelas Adam manakala umi dan abah Dhia hanya diam menganguk.Kemudian Dhia sudah pun datang membawa minuman .

Adam begitu gembira bila orang tua Dhia menerima nya dengan terbuka, kini hanya papa mama nya lagi yang perlu di beritahu.

Keesokan harinya, Adam terpaksa balik kl sendiri , kerana Dhia terpaksa tinggal di kampung untuk menguruskan perkahwinan mereka.

No comments:

Post a Comment