Novel Miszpinkers
Hot Novel
Cinta Aufia Damia and Kau Masih Milikku still in progress

Saturday 12 April 2014

Cinta Aufia Damia

Bab 3

Perempuan tu cam aku ke tak.?.. nampak muka macam tak kenal aku.Tapi takkan lupa muka laki sendiri dah tak ingat...

"Wei Ish,ko ni mengelamun ni apa kes?" teguran sahabatnya itu mengejutkan Qalish dari termenung.
"Takde lah Zam, aku cuma musykil sikit, tadi aku terserempak dengan  wife aku dekat mid valley tapi dia macam tak kenal aku la pulak.Tu yang aku pelik sikit tu." Terang Qalish pada sahabatnya itu.

"Wait..wait Wife? Bila masa pulak u ni kawin?" Soal seorang lagi sahabat.

"Joe, Tengku Qalish kita ni dah kawin nak dekat 2 bulan dah doh ."
"What!! biar betul u ni Ish,so mana wife and Julia tu pula apa cerita?" Soal Joe lagi.

Namun Qalish hanya mendiamkan diri,dibiarkan nya sahaja Zam yang menjawab.

"Tu la masalahnya ,dia kawin je hari tu terus dia biarkan wife dia dekat banglo dia tu sendiri and dia pula still ngan Julia la." Terang Zam pada Joe
"What ! are u kidding bro..? ur wife tu bro, dia tak kesah ke kau tinggal dia macam tu je.?"
"I tinggalkan dia tapi still bagi nafkah kat dia..so tu namanya tak biarkan la." 
Qalish cuba membela diri.

"Tapi tu nafkah zahir bro..yang nafkah satu lagi tak bagi lagi kan?"
soal Joe sehingga membuatkan mereka tergelak.
"Kau tak kesian ke dekat wife ko tu?" Kini Zam pula yang mula menyoal.
"Kesian apa, bukan dia tak makan apa..lagi pula memang kita orang dah discuss awal-awal.".
Baru sahaja Zam ingin bersuara lagi, Qalish terlebih dahulu bersuara..
"Enough, stop talk about her.Ok.!!.ditegaskan perkataan  ok  itu agar sahabatnya faham..

Sedang dalam perjalanan ke kondo, telefon bimbit Qalish berbunyi, melihat nama yang tertera pada kaca iphone nya itu,dia terkejut bagai nak pengsan .


"Daddy? oh no apa aku nak cakap ni." Qalish berasa gelisah ,tidak tahu apa yang harus dijawab nanti bilah daddynya nanti bertanyakan menatunya itu.

"Hello dy,"
"Hah Qal, esok kamu datang sini ,aunty Maria kamu datang Malaysia esok,"
"Aunty Maria nak datang , woww that's great.Adam ada ikut sekali ke dy?"
"Maybe ,coz aunty kamu cakap one family. kamu jangan lupa bawa isteri kamu sekali, boleh aunty kamu kenal ."
Qalish tersedak..
"wife!" ,macammana aku nak bagitau dah lah nombor dia pun aku takde.Aduhh masalah la pulak.
"Qal! are u there?"
"Yes dy, im still here.ok lah dy ,tomorrow we'll be there."
"ye lah ."

Niat untuk balik ke kondo dibatalkan ,Qalish terpaksa menuju ke rumah banglo nya untuk berjumpa isterinya.

 "Rindu pula rumah aku ni..lama tak datang,apalah agaknya perempuan tu buat kat dalam."Qalish berkata sendirian.
Sunyi pula kat bawah ,takkan aku nak ketuk pula dah la rumah aku.Arhh buka je la. nasib kunci rumah itu selalu di bawa ke mana-mana.

"Aufia.. awak..." panggil Qalish ,namun panggilannya itu tidak terjawab.suasana begitu sunyi.

Agaknya dah tidur ,fikir Qalish.Akhirnya dia mengambil keputiusan untuk memasuki bilik mereka untuk berjumpa isterinya.
Tombol pintu dipulas  , lalu pintu dibuka perlahan, dan tiba-tiba.

"Arhhhhh" teriak isterinya apabila melihat pintu itu dibuka.,dan Qalish yang berdiri tergamam apabila melihat seorang perempuan yang hanya berbalutkan tuala.Susuk tubuh yang begitu cantik, ramping, dan montok .Putih kulit menampakkan gebu kulit pada pahanya, betisnya dan atas bawah hanya jadi lirikan mata.


"Is she my wife?" hanya itu yang sedang bermain di fikiran Qalish pada saat itu.






Cinta Aufia Damia

Bab 2

"Ini rumah saya tapi awak je yang stay kat sini, saya stay kat kondo je, segala perbelanjaan awak, makan minum awak, saya tetap tanggung .Bulan bulan saya akan masukkan duit dalam akaun awak ,nanti awak bagi nombor akaaun awak.Apa awak nak buat ,awak buat lah saya tak akan ambil peduli dan awak pun tak perlu peduli hal saya.My life is my life and ur life is ur life, saya hanya akan balik sini bila perlu so yang lain tu awak tak perlu tahu." 

Penjelasan itu membuat kan aku tergaman, adakah ini perkahwinan yang dia terima dan masing masing dengan hidup masing masing ,maknanya aku tetap anak dara.Alhamdulillah mungkin memang ini yang terbaik untuk kami.

"Boleh tak saya kerja?"  soalku untuk meminta izin ."Its up to u, like i said i dont care.So awak tak perlu nak minta izin bagai ,sebab saya tak kisah,saya harap awak faham.OK lah saya pun dah penat nak balik, u give me ur account number now.""Baiklah awak, kejap saya amek kertas."
"No need , just tell me then i save on my phone."

'Besarnya rumah dia ,aku nak kena duduk sorang kat sini,seram lah pula.Hmmm tak pelah janji aku ada tempat tinggal , daripada aku dok membebel sini bek aku kemas apa yang patut'.
Omel Aufia  sendiri setelah Qalish sudah beredar 

Hampir sebulan lebih aku tak jumpa umi dan abah terasa rindu yang teramat ,nak balik kampung takut nanti diorang tanya suami aku.Ya allah bila lah agaknya aku boleh jumpa umi ngan abah.Suami aku pun tak pernah datang semenjak dari kami jejak ke rumah ni.Aku pun dah mula bekerja di salah sebuah syarikat komunikasi, sekurang-kurangnya aku tak lah rasa bosan.tapi aku rasa serba salah bila rakat sepejabat semua ingat aku belum kahwin lagi.Tapi kalau ya pun aku nak mengaku, laki aku sekarang kat mana?.. hmmm dah nasib badan..sabar je lah janji dia tak menyusahkan hidup aku.Tapi agak agak nya apa lah mamat tu buat ye..Bebel ku sendirian, memandangkan aku takde teman serumah aku terpaksa lah membebel sendiri.

Bunyi telefon bimbit mengejutkan aku ,lalu ku lihat nama pemanggil..Zila.

"Hello, assalamualaikum..""Walaikumsalam , apehal kau call aku tengah malam ni?" soalku pada teman baik ku itu,yang aku kenal dari tempat kerja."Mia, esok kita g tengok wayang nak tak?" ajak Zila.. Mia nama gelaran aku dekat ofis."hmm boleh gak, lagipun aku bosan tiap hari minggu mesti mengadap cite korea je terus,elok jugalah kau ajak .""Ok set ,so esok kita jumpa kat mid valley je ok..kul 10,lunch kat luar je lah, aku belanja.""Ekk, bila masa cik zila kita ni jadi murah hati? ""Alah makan je kut, tiket wayang kau la pula belanja..hehehe" "Ye lah kedekut"

Seperti yang dijanjikan , aku dengan Zila berjumpa dekat mid valley. .Ada 3 jam lagi sebelum tayangan bermula, jadi aku dan zila sepakat untuk round area mid valley itu..sambil-sambil cuci mata lah katakan.

"Mia ,kita masuk butik tu jap, aku nak tengok baju kat sana, dengar-dengar baju diorang lawa lawa.""Ye lah jom"

Baru hendak melangkah kaki ke dalam butik itu, mata ini seolah terpandang seseorang yang seakan aku pernah kenali tapi siapa? Ya allah tu kan suami aku, suami aku bersama dengan perempuan lain.Perempuan tu cantik, tinggi ,sekali pandang seolah olah seorang model.Patutlah dia terus blah lepas nikah rupanya dia memang dah ada buah hati.Aku tergamam bila mata dia melirik ke arah aku, ya allah jangan lah dia kenal aku.

"Mia , sini lah cepat, aku nak kau tengok ni cantiktak?"Mujur Zila memanggil aku, aku pun dengan cepat mengorak langkah menuju ke arah Zila, aku tak berani untuk menoleh ke arahnya lagi.Adakah dia kenal aku, muka selamba macam tak kenal aku je.tapi kenapa jantung ni laju je mengepam..rasa sakit dada ,sesak nafas.Aku sakit ke?


Cinta Aufia Damia

Bab 1

"Aku terima nikahnya Nur Aufa Damia dengan mas kahwin seribu ringgit wang tunai.." 

Dengan sekali lafaz ,akhirnya aku kini sah menjadi seorang isteri,isteri kepada Tengku Qalish aka suami aku.Segala cita cita ,impian yang telah aku pasang sejak dari sekolah rendah lagi kini lesap sekelip mata.Bukan salah umi dan abah tapi dah tertulis memang jodoh aku seawal ini dan aku redha semuanya.

Selesai sahaja majlis, tetamu yang hadir mula berkurangan,hanya saudara dekat kepada  keluarga suami ku yang masih berada disini kerana sudah terlalu lewat untuk mereka pulang ke rumah masing masing.Umi dan abah pula sudah pulang terlebih dahulu kerana hanya menumpang pak Hasan yang kebetulan juga berada di kl atas urusan kerja.

"Fia, umi dan abah tak boleh lama-lama kat sini pak hasan kamu kejap lagi dah nak gerak .Fia,anak umi sekarang ni dah jadi isteri orang,dah ada tanggungjawab .Fia kena jaga suami Fia ,makan minum segala pakaian.Fia jangan lupa solat ye nak, banyakkan bersabar dalam segala apa juga yang Fia bakal lalui.".


Nasihat umi diiringi airmata yang cuba ditahan,dan semestinya aku hanya mampu menangis.ku peluk umi erat erat lalu mencium tangan dan tanpa sedar suami ku juga sudah berada disebelah ku untuk memberi salam pada umi dan abah.Walaupun dia seolah tidak memperdulikanku namun dia masih memberi hormat pada umi dan abah.

Bunyi ketukan pintu menyedarkan ku dari lamunan, aku segera menuju ke pintu dan membuka.


"Sorry tak sedar pintu berkunci." hanya itu mampu ku katakan sebab aku memang tak sedar pintu tu berkunci. Dia hanya berdiam lalu menuju ke tandas.Aku pun segera menyediakan baju tidur ku, hendak menyediakan nya baju tapi takut dia marah .Sekelip mata sahaja ,dia sudah pun keluar dari tandas dan menuju ke almari pakaiannya,aku rsa malu bila melihat dia sudah tidak berbaju.Badannya yang sasa dan putih itu membuatkan diri ini cukup malu untuk melihatnya.Sememangnya dia cukup kacak,ketinggiannya ,keputihan dan kehalusan kulitnya tak lebih kurang dari aku tapi aku lagi putih dan halus kut.Argh lantak lah, aku pun cepat cepat masuk dalam tandas.

"Awak" dia panggil aku ke? soal ku sendiri.aku menoleh dan dia tengah memandang ke arah ku,sah la dia panggil aku.

"Awak bersiap cepat lepas tu kemas bagasi awak tu,kita balik rumah saya, saya tunggu awak dekat bawah"
katanya padaku, aku pun dengan cepat melakukan apa yang patut dilakukan.

"My..dy.. kita orang balik dulu."

"Tak boleh ke Qal balik esok? Fia tu mesti penat Qal dah nak bawa jalan pula." Aku hanya menjadi pemerhati di situ tanpa sebarang suara.
"Tak lah dy, kat rumah lah nak rehat ni lagipun banyak lagi yang nak di kemas kat rumah tu ."
"Ye la, hati hati bawa kereta tu and remember ur married now ,jaga anak orang elok elok."
Tengku Razlan sempat memesan pada anaknya aka suami ku..
"Yes, i do remember... ok la dy kita orang jalan dulu, bye dy, my
"Pa, ma kami jalan dulu ..giliran ku pula memberi salam lalu mencium tangan papa dan mama namun aku sedikit tersentak apabila mama dengan cepat menarik tangannya ketika aku hendak mencium .Agaknya dia tak terima aku jadi menantu nya.
Ya allah apa kah yang bakal aku lalui dalam rumah tangga ku ini..