Novel Miszpinkers
Hot Novel
Cinta Aufia Damia and Kau Masih Milikku still in progress

Wednesday 27 August 2014

Cinta Aufia Damia


Bab 8

Dalam perjalanan,mereka lebih banyak mendiamkan diri, terasa kekok dan janggal kerana itu adalah pertama kali mereka bersama berdua di dalam kereta.

"Fia kerja ke?" Soal Adam yang cuba memecahkan kesunyian di antara mereka.
"Aah saya kerja kat Zel Tech communication." Jawab Aufia sepatah.

Dan kemudian suasana kembali sunyi, Mata Adam kadang kala sempat mencuri melihat Aufia yang tidak lekang dari melihat pemandangan gelap di luar.

Mereka akhirnya tiba di banglo kediaman Aufia dan Qalish .Adam memandang Aufia yang sudah pun terlelap ."Dia tidur la pula macammana nak kejutkan dia."Adam berbisik sendiri.Namun matanya kini tepat memandang wajah wanita milik sepupunya itu.

"Ya allah indah sungguh ciptaanMu, dia begitu cantik, dari mata, hidung, buluh mata, bibir..kulit cantik, putih.cukup sempurna. Ramai perempuan i dah jumpa, model, artis, but she's so different. Kenapalah Ish tak nampak ni semua,depan mata ada permata jauh lebih cantik dari Julia. Kalau lah i yang dijodohkan dengan dia maybe im the happiest man in this world.'' Adam terus berbicara sendiri,dan bunyi deringan telefonnya menyedarkan Aufia dan Adam cepat sahaja membetulkan posisinya yang sedikit agak dekat dengan Aufia tadi.

"Hello mummy, we'll just arrive, i'll be there soon."

"Awak sorry saya terlelap,dah lama ke kita sampai." Tanya Aufia apabila Adam sudah mematikan telefonnya.
"Nope, we'll just arrive, baru nak kejutkan Fia, tapi mummy pun call." Tipu Adam
"Oh ye ke, ok la awak , thank u sebab sudi hantar saya." Kata Aufia lalu membuka Pintu kereta.
"Its nothing Fia, anything for u ." 

Aufia baru sahaja selesai mandi dan hanya mengenakan baju biasa namun agak sendat hingga menampakkan tubuhnya yang ramping dan punngungnya yang montok itu.
.
Kerana menyangka Qalish tidak akan pulang malam itu, dia bercadang untuk menghidupkan alat penggera kecemasan pada pintu utama.Namun tatkala kaki melangkah menuruni tangga, Qalish sudah pun berada di pintu.Kedua dua mata saling berpandangan ,Aufia tanpa sedar memberikan senyuman lalu menaiki tangga semula dan terus meunuju ke bilik .

"Ya allah mamat ni memang tak reti bagi salam, adoii dah la aku bagi senyuman kat dia , dia buat tak tahu je.buat malu aku je." Omel Aufia mengomel di sebalik pintu .Tiba tiba pintu seolah olah di tolak perlahan, Aufia kaget lalu melangkah ke tepi sedikit untuk membolehkan pintu itu dikuak luas.

"Awak nak mandi ker? saya keluar la dulu." 

Namun baru sahaja Aufia bergerak, Qalish menahannya dan menutup pintu itu Aufia terkejut dan gelisah.Dia cuba untuk membuka pintu itu semula namun tangan Qalish dengan pantas menghalang dan menolak Aufia menyandar di dinding pintu.Aufia menggerakkan badannya cuba untuk melarikan diri,Qalish menahan dengan kedua tangan nya ,dan saat itu Aufia tepat tepat berdiri di hadapan Qalish.

"A..a..awak nak apa?" Tanya Aufia dengan suara yang semakin berketar ketar namun Qalish hanya mendiamkan diri, tangannya kini pelahan lahan menyentuh jemari hingga ke lengan dan akhirnya ke leher.Bibir Aufia yang nipis dan berwarna pink di sentuh dengan halus, Aufia semakin berdebar lalu mencuba untuk menolak tangan Qalish .Tapi Qalish cepat sahaja bertindak dengan menahan kedua dua tangan Aufia pada dinding pintu . 

Aufia sudah tidak terdaya untuk bergerak,mata mereka kini bertentang, dan tanpa Aufia menyedari Qalish semkain menjarakkan bibirnyya pada hidung Aufia.Wangian Aufia menaikkan lagi nafsu Qalish .Leher Aufia dicium ,menaikkan urat saraf Aufia,Aufia juga seakan hilang kesedaran yang hanya membiarkan dirinya diperlakukan begitu.Qalish sekali lagi memandang bebola mata Aufia ditenung wajah itu dengan sayu.Entah mengapa dia sukar untuk mengawal dirinya dari menjauhi Aufia .

Aufia melarikan anak matanya dari terus ditenung oleh Qalish, hembusan nafas Qalish semkin kuat , bibir Qalish perlahan mencium mata dan hidung Aufia dan akhirnya ke bibir miliknya itu.Aufia hanya membiarkan ,dia seperti merasakan sesuatu lahir pada dirinya.Ciuman dari suaminya itu di balas dengan hangatnya.Terdetik di hatinya adakah dia sudah mula menyintai lelaki itu. 

Akhirnya mereka sudah pun semakin hanyut, tilam empuk di bilik itu sekali lagi menjadi saksi antara mereka.


No comments:

Post a Comment