Novel Miszpinkers
Hot Novel
Cinta Aufia Damia and Kau Masih Milikku still in progress

Wednesday 27 August 2014

From London WIth Hate

Bab 2

"Beb, minggu depan kau dah nak jalan kan, sunyi lah kita orang bila kau dah takde."  Kata Sarah salah sorang bestfriend aku.
"At least korang tetap bersama tak macam aku beb tempat jauh, suasana baru kawan pun entah dapat ke tak." aku pula meluah, sedikit berat hati bila terpaksa berpisah dengan kawan kawan yang selalu bersama dengan aku tatkala aku sedih ke happy ke.

"Jangan lah cakap macam tu Sarah, nanti susah hati pula kawan kita ni nanti..sian dia." Nur pula memujuk ku bila menyedari bebola mata ini seakan berair.
"Ishhh..korang jangan lah buat muka macam ni, tinggal berapa hari lagi Lela dengan kita sepatutnya time ni lah kita kena happy enjoy luangkan masa bersama." Zila cuba menenangkan suasana yang seakan akan babak perpisahan dalam sebuah drama.

"Tu lah korang ni, aku dah lah curi curi keluar dari butik mama aku, takkan korang nak buat aku menangis pula nanti kang aku tinggal korang baru tau." gurau ku cuba untuk kembalikkan semula gelak ketawa dan akhirnya mereka semua memang tergelak.

"Beb , kau jalan sabtu kan, so apakata malam  jumaat nya tu korang semua lepak tidur dekat rumah aku."
Sarah bagi cadangan.
"Well ok juga idea tu, tapi kita tukar hari, kita buat hari khamis ,coz aku pun kenalah stay ngan mama aku before aku jalan."
"A ah betul juga kan, kena kena malam jumaat tu beb..kita kenakan Nur...wahahahaha"
Sarah memang suka kenakan Nur , lebih lebih lagi bila kita orang dapat tahu Nur memang penakut sikit.

Selesai sahaja makan tengah hari, kami terus menyibukkan kaki kami dengan berjalan jalan di dalam mall yang besar  itu.

"Korang kita pergi mph jap, aku nak beli novel.lah ,kat sana mesti susah dah nak beli novel ."
aku mengajak ke kedai buku maklum lah kat negara orang putih nanti bukan senang nak cari novel keluaran malaysia.
"Jom, aku pun nak beli novel terbaru yang hot dekat twitter sekarang ni." 
Segila gila aku kat novel , Nur lagi lah paling tergila dalam novel sampai kan dekat rumah dia boileh buat kedai buku dah.

Sedang asyik membelek belek buku.tiba tiba kami ditegur oleh seseorang

"Laila Naufara right?" tanya orang itu pada ku, namun belum sempat aku menjawab ,Sarah sudah terlebih dahulu mencelah.
"Eh.. Ridhwan"  aku sedikit terkejut bila Sarah menyebut nama lelaki itu, macam pernah dengar tapi muka macam tak pernah pula nampak.
"ye, saya Ridhwan, masih ingat lagi rupanya ingatkan dah tak ingat." Jawab Ridhwan 
"Muka hensem memang selalu ingat." Sarah memang selalu main lepas je cakap , kami yang mendengar hanya tergelak begitu juga Ridhwan.
"Lela ..ko ingat tak Ridhwan ni, yang time kita camping dekat broga hill."
soal Sarah pada ku dan aku apa lagi cepat cepat lah mengingat.
"Ohh yang bagi tumpang dekat kita tu kan.?" soal ku meminta kepastian.
"Yaa dia lah." Sarah juga yang semangat nak menjawab , Ridhwan langsung tak berkesempatan untuk menjawab.

"U all dah makan , kalau belum jom i belanja, lagipun member member i ada sama tengah tunggu dekat restoran, " 
Niat untuk menolak namun dek kerana mulut Sarah yang begitu pantas menjawab sudah terlebih dahulu mengiyakan , dan bila aku nak balik , cepat pula si Ridhwan ni memujuk suruh ikut sama.

No comments:

Post a Comment