Novel Miszpinkers
Hot Novel
Cinta Aufia Damia and Kau Masih Milikku still in progress

Friday 18 April 2014

Cinta Aufia Damia

Bab 6

Aufia bangun untuk solat subuh, sebelum  melangkah menuju ke tandas untuk membersihkan diri. , dia sempat memandang suami nya yang masih lena .

"Nak bangun kan ke tak?" Aufia serba salah akhirnya dia cuba menggerakkan badan suaminya.
"Awak...awak bangun solat"
Diam...tiada tindak balas. Akhirnya Dhia berlalu meninggalkannya dan segera menuju ke tandas.

Seperti biasa,setiap pagi minggu, Aufia akan keluar membeli barang dapur. Selesai membeli barang keperluan ,Aufia terus balik rumah, namun dia terkejut apabila melihat kereta suaminya sudah tiada .


"Aik...dia dah jalan ke?" Fikir Aufia..Lalu dia terus menaiki tangga dan melihat pintu bilik luas terbuka dia segera memasuki bilik itu dan ternyata suaminya memang sudah pergi.

"Ya allah,dia tak tunggu aku pun, sekurang-kurangnya dia say sorry sebab semalam...Ini tak dia pergi macam tu je, dah janji tak nak sentuh aku alih-alih dia buat kat aku juga lepas tu blah macam tu je...Ya allah ,andai ini ujian yang Engkau berikan padaku maka Engkau perkuatkanlah imanku." 

Aufia cuba menenangkan diri, terasa sedih diperlakukan sedemikian.

Bunyi deringan telefon mengejutkan Dhia, dia pun berlari menuruni tangga.


"Hello..assalamualikum " sapa Dhia

"Walaikumsalam, Dhia tak datang ke rumah papa kamu ke hari ni?"
"Ohh aunty Maria, tak pergi lah aunty lagipun abang ada hal hari ni." Jelas Dhia
"Ohh , takpe kalau macam tu, aunty ingat nak ajak Aufia jalan-jalan hari ni , boleh tak?"
"Boleh je aunty, aunty bagitau je jam berapa nanti Aufia ambil aunty."
"No its okay, biar aunty yang ambil.. Aufia siap je, nanti lepas zohor aunty datang ambil Aufia ye."
"Baiklah aunty." Jawab Aufia ringkas

"Wow, tak sangka kl sekarang dah makin cantik kan Dam." Kata aunty Maria pada anaknya Adam

"Of course lah  my, Malaysia sekarang dah makin maju...kan Aufia." Kali ini Adam pula bertanya pada Aufia.
"Ye aunty, Adam, Malaysia memang dah makin maju, dah macam-macam bangunan tinggi- tinggi sekarang,
Aunty dan Adam memang dah lama tak datang Malaysia ke? Aufia pula bertanya
"Ha ah...agak lama rasanya aunty tak balik sini , dah nak dekat 6 tahun. Terang aunty Maria
"Ooo lama juga erk, takpe nanti sementara aunty kat sini, aunty boleh la lawat tempat-tempat menarik kat Malaysia ni."
"Hah , memang terfikir juga , nanti Aufia jadi tour guide kita orang ye." ajak aunty Maria pada Aufia
"Boleh je aunty.."

"My, nak masuk kedai mana lagi, Adam dah penat ,why dont we go lunch first then mummy boleh continue survey mummy ." Ajak Adam yang sudah pun kelaparan dek mengikut ibunya berbelanja.

"Yeah ..great idea, ok Kita lunch dulu then baru continue ye Aufia."
Aufia hanya mengangguk perlahan .

Mereka bertiga menuju ke sebuah restoran ,dan tiba-tiba Aufia terpandang seseorang yang cukup dikenali .Aufia menggosok mata perlahan dan cuba melihat sekali lagi dan ternyata dia tidak salah lihat, orang itu adalah suaminya sendiri dan bukan seorang tapi bersama seorang perempuan yang cukup tinggi dan seksi ,sekali pandang ianya adalah orang yang sama yang dia pernah lihat waktu berjalan bersama temannya zaila.Aufia mula gelisah, dia takut aunty Maria pula yang ternampak pasangan itu.Dia cuba untuk mecari alasan agar tidak memasuki  restoran itu.Tiba -tiba.....


"Mummy,i think its better if we're going to Malay's restaurant, dah lama kan tak rasa masakan melayu."


Adam berubah fikiran , Aufia menoleh ke arah Adam dan ternyata bukan dia seorang sahaja yang perasan akan pasangan di dalam restoran itu tetapi Adam juga ternampak.

"Ye lah anty, lagipun restoran kat depan tu , mostly western food, aunty kan memang dari western."
Aufia juga cuba untuk menyokong cadangan Adam agar aunty Maria setuju.
"Ye, i think too, but where's the malay's restaurant, aunty macam tak nampak pula." soal aunty Maria pula.
"Aunty jangan risau, restoran melayu ada 3 kat dalam bangunan ni, satu kat bawah and 2 lagi tingkat atas."

Jelas Aufia pada aunty Maria..Lalu Aufia segera berjalan untuk membawa mereka ke restoran tersebut.

Akhirnya mereka tiba juga di restoran yang bermenukan masakan melayu sepenuhnya.


"Adam pergilah ambil makanan dulu, lepas tu baru mummy pergi." Pinta aunty Maria pada anaknya.
"No...mummy yang  pergi dulu, biar Adam dan Aufia yang tunggu kat sini."Jawab Adam
Akhirnya aunty Maria mengalah .

"Adam nak tanya sikit boleh?" Soal Adam pada Aufia apabila ibunya sudah pun menuju ke ruang buffet'

"Adam nak tanya pasal tadi kat restoran bawah tu ke?" Teka Aufia  dan Adam sedikit terkejut.
"Aufia tak marah ke coz i think ur acting cool?" Tanya Adam lagi
"saya bukan nak berlagak cool, tapi itu hak dia, saya tak larang."
Sekali lagi Adam terkejut dengan jawapan Aufia yang bersahaja.
"U guys have a problem?" Soal adam lagi yang terasa pelik akan hubungan Aufiadan sepupunya Qalish itu
"Tak pelah Adam, i think its better if we dont talk about it.."

Adam serba salah, nak bertanya lagi takut Aufia terasa hati namun dia masih terasa seperti ada sesuatu yang pelik dalam perkahwinan di antara Aufia dan Qalish.


"Sementara aku kat sini, aku akan siasat Aufia, aku takkan biarkan cousin aku tu buat kau macam ni, kalau dia memang dah tak sayang kau, biar aku yang jaga kau."  Adam berkata dalam hati .


No comments:

Post a Comment